Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 11)
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu kesepuluh untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini cikgu mengajar secara praktikal menjahit kurung pesak dan kain susun tepi. Cikgu mengajar cara mengambil ukuran badan yang perlu diambil dengan betul.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: